MEDIAHARAPAN.COM – Malaysia dan Arab Saudi, selaku anggota aktif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) menggagas kerjasama untuk menangani pelbagai permasalahan yang dihadapi oleh umat Islam, kantor berita Bernama menyampaikan.
Usulan itu disampaikan oleh Yang Dipertuan Agung Sultan Muhammad V dalam “Majlis Santapan Negara” sebagai bagian prosesi kenegaraan menyambut kedatangan Raja Arab Saudi, Salman bin Abdulaziz Al Saud, Minggu, (26/2).
Kegiatan yang berlangsung di Istana Negara itu merupakan bagian agenda pada hari pertama lawatan negara selama empat hari Raja Salman di Malaysia, kunjungan perdana Raja Salman sejak menaiki tahta pada 23 Januari 2015.
Sultan Muhammad V mengambil perhatian bahwa Kuala Lumpur dan Riyadh akan bekerjasama untuk mencari penyelesaian terhadap isu-isu umat Islam.
“Dalam soal ini, Malaysia dan Arab Saudi selaku anggota aktif OIC perlu bekerjasama dalam menangani pelbagai ujian yang dihadapi umat Islam,” terang Sultan Muhammad V.
Hadir pada acara makan malam kenegaraan itu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor, Wakil Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan menteri-menteri Kabinet.
Turut hadir mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Yang Dipertuan Agung seterusnya menjelaskan harapan lawatan bersejarah Raja Salman itu akan membuka kerjasama khususnya dalam aspek ekonomi dan perdagangan bermodal nilai kepercayaan dan saling menghormati antara kedua negara.
“Saya sangat gembira melihat kesungguhan kedua-dua negara dalam meningkatkan hubungan perdagangan. Kerajaan tuanku (Raja Salman) adalah antara rekan dagangan terbesar Malaysia dalam kalangan negara Timur Tengah,” kata Sultan Muhammad V.
Muhammad V memberi perhatian bahwa jumlah perdagangan Malaysia-Arab Saudi pada 2016 meningkat 12.4 persen sebesar US$3.17 milyar daripada US$2.82 milyar pada 2015.
Sultan Muhammad V bertitah kehadiran delegasi perniagaan yang besar dalam lawatan Raja Salman mencerminkan usaha berterusan pemerintah Arab Saudi itu dalam menggalakkan kerjasama ekonomi lebih luas lagi antara kedua negara.
Yang Dipertuan Agung seterusnya menyampaikan peranan Raja Salman sebagai Penjaga Dua Masjid Suci memberi makna amat besar kepada dunia Islam seluruhnya. Pemimpin tertinggi kerajaan Malaysia tersebut sangat mengapresiasi langkah-langkah Raja Salman selaku Pelayan Dua Tanah Suci.
“Saya merasa sangat bersyukur mendengar kabar gembira akan limpah perkenan tuanku untuk meningkatkan kuota haji bagi rakyat Malaysia pada tahun ini,” ungkapnya.
Jumlah Haji pada bulan menyatakan kuota jemaah haji Malaysia menjadi 27,900 orang tahun ini yang sebelumnya 22,230 orang.
Muhammad V juga mengingatkan peristiwa sejarah bahwa Arab Saudi merupakan negara yang mula-mula mengakui kemerdekaan Malaysia, enam puluh tahun silam.
“Sesungguhnya sejak 60 tahun dahulu, negara Malaysia dan Arab Saudi telah menikmati hubungan persaudaraan yang akrab berdasarkan kepada perkongsian nilai kepercayaan serta visi dalam mempromosikan perpaduan dalam kalangan negara,” lanjutnya. (MH029)










